Breaking News
Home » Berita » Senarai Nama Kabinet Baru 2015

Senarai Nama Kabinet Baru 2015

Senarai Nama Kabinet Baru 2015. Akhirnya segala spekulasi terjawab dengan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak membuat pengumumkan barisan kabinet barunya dengan pengguguran beberapa Menteri dan Timbalan Menteri sedia ada.

Turut mengejutkan adalah pengguguran nama Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dimana tempat beliau diganti oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Walau apa pun keputusan yang telah dibuat, semua perlu hormat kerana itu kuasa Perdana Menteri, mungkin akan ada sesuatu perubahan kepada penambahbaikan kepada pentadbiran yang ada.

Berikut adalah senarai nama menteri mengikut portfolio masing-masing.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri Dalam Negeri:
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Tuan Masir Anak Kujat

Menteri Kewangan II : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Chua Tee Yong
Datuk Johari Abdul Ghani

Menteri Pengangkutan : Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan: Datuk Ab Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan : Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan : Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan: Datuk Wira Mohd Johari Baharum

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan: Datuk Saravanan A/L Murugan

Menteri Pendidikan : Datuk Seri Mahadhir Khalid

Timbalan: P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan
Senator Tuan Chong Sin Woon

Menteri KPDNKK : Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Sekitar : Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan: Datuk Ir Hamim Samuri

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi : Datuk Amar Dauglas Uggah Embas
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri : Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Ahmad Maslan

Menteri Tenaga Teknologi Hijau Dan Air : Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani : Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan: Datuk Seri Haji Tajuddin Andul Rahman

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah : Datuk Seri Ismail Sabri

Timbalan:
Datuk Alexander nanta Linggi
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Komunikasi dan Multimedia : Datuk Seri Mohd Salleh Keruak
Timbalan: Datuk Jailani Johari

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan: Datuk Seri Reezal Merican naina Merican

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi : Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan: Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya : Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan : Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Sumber Manusia : Datuk Seri Richard Riot
Timbalan: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib

Menteri Wilayah Persekutuan : Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timbalan: Datuk Dr Loga Bala Moha A/L Jaganathan

Menteri Pengajian Tinggi : Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan: Datuk Halimah Mohd Sadique

Menteri Di JPM :
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Sri Idris Jala
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Azalina Othman
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Mah Siew Keong
Nancy Shukri
Datuk Ir Dr. Wee Ka Siong
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Paul Low Seng Kuan

Timbalan Menteri Di JPM :
Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki (Hal Ehwal Agama)
Datuk Razali Ibrahim

Najib Razak Umum Kabinet Baru
Najib Razak Umum Kabinet Baru

Dibawah adalah petikan kenyataan Jabatan Perdana Menteri berkaitan perlantikan dan barisan kabinet baru.

Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.

Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran

Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.
Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.
Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).

Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan.
Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *