Breaking News
Home » Info Hiburan » Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 31

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 31

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 2016. Untuk tahun ini sudah 31 tahun Muzik-Muzik terbitan TV3 bersiaran. Nampaknya program hiburan TV ini terus mendapat sambutan bukan sahaja peminat tetapi dari kalangan pengiat seni sendiri. Begitu banyak lagu dari berbagai genre dan artis turut serta memeriahkan.

Untuk tahun 2016 iaitu Muzik-Muzik 31 telah pun memasuki peringkat separuh akhir. Sebanyak 30 lagu telah pun terpilih untuk berentap pada 4 dan 11 November 2016. Untuk maklumkan 12 lagu akan terpilih untuk bersaingan pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu AJL 31.

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 31
Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir pada 4 November dan 11 November 2016

Berikut adalah senarai lagu yang akan bersaing dalam peringkat separuh akhir Muzik Muzik 31.

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 pada 4 November 2016
1. Takkan Pergi – Hyper Act
2. Sudah Ku Tahu – Projector Band
3. Hang Pi Mana – Khalifah
4. Hancur Aku – Estranged Feat Fazura
5. Terakhir – Sufian Suhaimi
6. Setia – Elizabeth Tan Feat Faizal Tahir
7. Katakan – Harris Baba
8. Demi Cinta – Ezad Lazim
9. Mencinta – Azhael
10. Kekal Bahagia – Ippo Hafiz
11. Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah
12. Ragu-Ragu – Tasha Mansahar & Syed Shamin
13. Seperti Novel Cinta – Shiha Zikir
14. Cinta Sukar Ditafsirkan – Mal Imran
15. Mungkin Saja – Janna Nick
16. Berat – Mark Adam
17. Ada Saja – Amyra Rosli Feat Juzzthin & Waris

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 pada 11 November 2016
1. Di Amaran Mama – Hazama & The Penglipur Lara
2. Obses – Akim & The Majistret
3. Polaroid – Sakura Band
4. Hidup Dalam Mati – Syamel
5. Hingga Ke Jannah – KRU
6. Seindah Mimpi – Jaclyn Victor
7. Pencuri Hati – Ayda Jebat
8. Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip
9. Ku Rela DibenciAiman Tino
10. Selamanya Cinta – Alif Satar & Shila Amzah
11. Kalah Dalam Menang – Syamsul Yusof & Mawi
12. Romeo – Stacy
13. Anugerah Terindah – Black

Semua lagu yang layak adalah dari hasil undian penonton dengan lima lagu layak secara automatik dari rancangan Showcase Muzik-Muzik dari bulan Mac hingga Ogos.

Peminat yang ingin hadir menyaksikan Muzik-Muzik Separuh Akhir 31 juga boleh mendapatkan tiket di kaunter Polis Bantuan Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 3 dan 10 November 2016. Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir bakal dihoskan oleh Fara Fauzana dan Fizie.

Check Also

Keputusan ABPBH 30

Keputusan ABPBH 30 Anugerah Bintang Popular

Hari ini bersiaran secara langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3. Beberapa anugerah utama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *