Home » Info Hiburan » Senarai Calon Anugerah Melodi 2016

Senarai Calon Anugerah Melodi 2016

Senarai Calon Anugerah Melodi 2016. Acara kemuncak bakal berlangsung pada 10 disember 2016. Anugerah Melodi bakal memberikan pengiktirafan kepada para aktivis seni tanahair yang banyak memberikan impak hebat dalam industri hiburan tempatan.

Pengundian telah bermula dari 31 Oktober 2016 hingga 30 November 2016 secara online dilaman web http://www.anugerahmelodi.com.my/. Ini bermakna pengundian telah pun ditutup. Cuma menunggu hari untuk keputusan pemenang anugerah melodi 2016 setiap kategori diumumkan.

Senarai Calon Anugerah Melodi 2016
Senarai Calon Anugerah Melodi 2016 yang akan bersiaran secara langsung di TV3 jam 9 malam 10 Disember 2016

Dibawah adalah senarai calon untuk setiap kategori Anugerah Melodi 2016.

PERSONALITI FILEM MELODI
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Shamsul Yusof
Nabila Huda
Bront Palare

Anugerah personaliti filem melodi ini menekankan pelakon terkenal dan berbakat besar yang laris di layar perak kerana kredibilitinya membawa watak dan tahap lakonan yang berkesan.

PERSONALITI MUZIK MELODI
Yuna
Faizal Tahir
Akim Ahmad
Ayda Jebat
Shila Amzah

Bakal mengangkat berpersonaliti unggul dan sering menjadi tumpuan ramai kerana mutu suara dan bakatnya yang berkualiti dan memukau, penyanyi ini pernah memenangi anugerah kerana berpengaruh besar dalam penampilannya.

PERSONALITI DRAMA MELODI
Saharul Ridzwan
Mira Filzah
Janna Nick
Fattah Amin
Amyra Rosli

Calon-calon personaliti drama melodi memiliki pakej lengkap dan kualiti lakonan yang hebat, personalitinya berjaya mencairkan hati penonton yang sentiasa tertunggu – tunggu setiap episod drama lakonannya.

PERSONALITI PENGACARAAN MELODI
Awal Ashaari
Alif Satar
Neelofa
Datuk Rosyam Nor
Fauziah Dato Ahmad Daud

Keperibadian yang menarik dan personaliti yang versatil menjadikan dirinya pujaan malah menjadi inspirasi orang ramai dalam dunia pengacaraan! Personaliti yang fasih berbicara sentiasa merancakkan program yang dikendalikan dengan karismanya yang mencuit hati penonton. Siapa yang bakal menerima anugerah personaliti pengacraan melodi ini?

PERSONALITI SUKAN MELODI
Datuk Lee Chong Wei
Pandelela Rinong
Abdul Latif Romly
Ridzuan Puzi
Muhammad Ziyad Zolkefli

Wirawan atau wirawati yang telah mencipta sejarah dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti mutu sukan.

PERSONALITI KOMEDI MELODI
Abam
Achey
Mark Adam
Ebby Yus
Jep Sepahtu

Mereka yang melucukan dalam bidang lakonan mahupun apa jua program berbentuk hiburan pastinya mencuit hati orang ramai.

PERSONALITI PASANGAN SENSASI MELODI
Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
Awal Ashaari & Scha Alyahya
Zain Saidin & Rozita Che Wan
Yusry & Lisa Surihani
Akim & Stacy

Pasangan yang sentiasa menjadi tumpuan dan bahan bualan orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka.

PERSONALITI MEDIA SOSIAL MELODI
Nelydia Senrose
Nora Danish
Emma Maembong
Ayda Jebat
Zizan Razak

Personaliti ini juga mesra dan sentiasa berinteraksi bersama peminat di laman sosial.

PERSONALITI FESYEN MELODI
Wak Doyok
Nazim Othman
Rozita Che Wan
Fazura
Zahirah Mcwilson

Orang ramai tak pernah jemu menyaksikan dia bergaya di lensa kamera mahupun melihat fesyennya di ruang maya. Tidak pernah gagal bergaya. Stailnya yang tersendiri sememangnya menjadi ikutan peminat.

PERSONALITI SENSASI MELODI 2016
Sharnaaz Ahmad
Mira Filzah
Janna Nick
Ayda Jebat
Zizan Razak

Siapakah yang akan menjadi pilihan peminat berdasarkan Senarai Calon Anugerah Melodi 2016? Nantikan keputusan pemenang Anugerah Melodi 2016 secara langsung di TV3 pada 10 Disember 2016 jam 9 malam.

Check Also

Keputusan ABPBH 30

Keputusan ABPBH 30 Anugerah Bintang Popular

Hari ini bersiaran secara langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3. Beberapa anugerah utama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *