Breaking News
Home » Info Sukan » Senarai Atlet Malaysia Sukan Olimpik 2016 Rio

Senarai Atlet Malaysia Sukan Olimpik 2016 Rio

Senarai Atlet Malaysia Sukan Olimpik 2016 Rio yang akan berlangsung bermula 5 hingga 21 Ogos 2016. Malaysia turut akan menyertai temasya sukan terbesar dunia ini dengan menghantar seramai 32 orang atlet yang layak. Malaysia akan menyertai 10 acara di Rio nanti.

Sukan Olimpik Rio 2016
Sukan Olimpik Rio 2016

Harapan emas diletakkan dalam sukan badminton dengan Datuk Lee Chong Wei berpeluang menebus kekecewaannya dalam dua temasya terdahulu apabila sekadar meraih pingat perak. Berikut adalah senarai penuh atlet dalam kontijen Sukan Olimpik 2016 yang akan ke Rio, Brazil.

Badminton
Datuk Lee Chong Wei – Perseorangan Lelaki
Tee Jing Yi – Perseorangan Wanita
Goh V Shem & Tan Wee Kiong – Beregu Lelaki
Vivian Hoo & Woon Khe Wei – Beregu Wanita
Chan Peng Soon & Goh Liu Ying – Beregu Campuran

Klik Untuk KEPUTUSAN BADMINTON OLIMPIK 2016

Lumba Basikal
Azizulhasni Awang – Keirin Lelaki
Fatehah Mustapa – Sprint Wanita

Perayu Layar
Khairulnizam Mohd Affendy – Laser
Nur Shazrin Latif – Laser Radial

Memanah Lelaki
Khairul Anuar Mohamad
Haziq Kamaruddin
Muhd Akmal Nor Hasrin

Olahraga
Nauraj Singh Randhawa – Lompat Tinggi Lelaki
Zaidatul Husniah Zulkifli – 100M Wanita

Menembak
Johnathan Wong Guanjie – 10M Pistol

Renang
Welson Sim – 200M & 400M Gaya bebas Lelaki
Heidi Gan – 10KM Marathon Wanita
Phee Jing En – 100M Kuak dada wanita

Golf
Danny Chia – Lelaki
Gavin Kyle Green – Lelaki
Michelle Koh – Wanita
Kelly Tan – Wanita

Terjun
Ooi Tze Liang
Ahmad Amsyar Azman
Cheong Jun Hoong
Nur Dhabitah Sabri
Pandelela Rinong
Ng Yan Yee

Angkat Berat
Mohd Hafifi Mansor – 69kg Lelaki

Lee Chong Wei
Lee Chong Wei terus diberikan harapan untuk memungut pingat emas pertama Olimpik Malaysia di Rio 2016

Mampukah atlet negara yang akan ke Rio 2016 membuktikan sesuatu dengan sekurang-kurangnya membawa pulang pingat tanpa mengira warna. Namun harapan besar diletakkan di bahu Dato Lee Chong Wei untuk memburu pingat emas Malaysia di Sukan Olimpik 2016 Rio, Brazil.

Check Also

Live Streaming Lee Chong wei vs Chen Long

Siaran Langsung Lee Chong Wei vs Chen Long Badminton Olimpik 2016

Live Streaming Siaran Langsung Lee Chong Wei vs Chen Long Badminton Olimpik 2016. Impian emas pertama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *