Breaking News
Home » Info Sukan » Senarai Acara Dan Atlit Malaysia Di Sukan Olimpik London 2012

Senarai Acara Dan Atlit Malaysia Di Sukan Olimpik London 2012

Senarai Acara Dan Atlit Malaysia Di Sukan Olimpik London 2012 – Sukan terbesar dunia Sukan Olimpik 2012 bakal berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. Edisi Olimpik 2012 bakal dilangsungkan di kota London. Malaysia turut serta dalam beberapa acara serta mempunyai wakil yang mampu menyumbang pingat kali ini. Antara acara yang menjadi harapan Malaysia kali ini adalah badminton , berbasikal dan acara terjun papan anjal. Berikut adalah senarai nama peserta atau atlit Malaysia yang akan bertanding mengikut acara.
SUKAN OLIMPIK LONDON 2012

SENARAI ATLIT MALAYSIA DI SUKAN OLIMPIK LONDON 2012

AKUATIK (Terjun)
Bryan Nickson Lomas: 3m papan anjal individu lelaki, 3m papan anjal seirama, 10m platform individu 
Yeoh Ken Nee: 3m papan anjal individu lelaki 
Huang Qiang: 3m papan anjal seirama 
Pandelela Rinong: 3m papan anjal seirama wanita, 10m plaftform individu, 10m papan anjal seirama. 
Leong Mun Yee: 10m platform seirama wanita 
Traisy Vivien Tukiet: 10m platform individu wanita 
Cheong Jun Hoong: 3m papan anjal individu wanita, 3m papan anjal seirama 
Wendy Ng Yan Yee – 3m papan anjal individu wanita, 3m papan anjal seirama 

AKUATIK (Renang )
-Khoo Cai Lin: 800m gaya bebas wanita 
-Heidi Gan: 10km laut terbuka 

BADMINTON 
-Datuk Lee Chong Wei: Perseorangan lelaki 
-Tee Jing Yee: Perseorangan wanita 
-Koo Kien Keat/Tan Boon Heong: Beregu lelaki 
-Chan Peng Soon/Goh Liu Ying: Beregu campuran 

BERBASIKAL (Trek) 
-Mohd Azizulhasni Awang: Keirin, 200m pecut lelaki 
-Josiah Ng: Keirin, 200m pecut lelaki 
-Fatehah Mustapa: Keirin wanita 

BERBASIKAL (Lebuh Raya )
-Mohd Adiq Hussainie Amir Mustafa 

LAWAN PEDANG
-Yu Peng Kean: Sabre individu 

MEMANAH
-Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin: Berpasukan/Individu Recurve 
-Nurul Syafikah Hashim: Recurve individu wanita 

MENEMBAK
-Nur Suryani Mohd Taibi: 10m air rifle wanita 

KAPAL LAYAR 
-Khairulnizam Mohd Affendy: Laser Standard 

OLAHRAGA
-Lee Hup Wei: Lompat Tinggi lelaki 
-Noraseela Khalid: 400m lari berpagar wanita 



SELAMAT BERJUANG TEAM MALAYSIA

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

3 comments

  1. pinjam senarai atlet ni ya bang.. 🙂

  2. renang berirama xda ek ? ? ?hik3…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *