Breaking News
Home » Info Sukan » Senarai 20 Pemain Pilihan Malaysia vs Tottenham

Senarai 20 Pemain Pilihan Malaysia vs Tottenham

Senarai 20 Pemain Pilihan Malaysia vs Tottenham. Nampaknya Dollah Salleh telah pun memutuskan senarai akhir pemain yang bakal beraksi dalam perlawanan Pilihan Malaysia vs Tottenham. Dari senarai penuh 23 pemain yang telah MySensasi siarkan sebelum ini [ rujuk ] nampaknya tiga pemain telah digugurkan.

Berikut adalah senarai penuh 20 pemain yang telah rasmi diumumkan oleh Dollah Salleh termasuk lima pemain import untuk mewakili Malaysia.

Khairul Fahmi Che Mat, Zamir Selamat, Robert Cornthwaite, Thiago Junio Aquino, Muslim Ahmad, Afif Amiruddin, Ronny Harun, Yong Kuong Yong, Zubir Azmi, Azmi Muslim, Nasir Basharuddin, Ashfaq Ali, Joseph Kalang Tie, Indra Putra Mahayuddin, Ahmad Syamim Yahya, Christie Jayaseelan, Paulo Rangel, Guilherme De Paula, Ahmad Hazwan Bakri, Norshahrul Idlan Talaha.

Tiga pemain yang digugurkan adalah Ramadhan Hamid dari Harimau Muda B, Baddrol Bakhtiar dari Kedah dan Afiq Azmi dari Selangor.

“Baddrol mengalami kecederaan, jadi dia terpaksa diketepikan. Ramadhan pula digugurkan kerana kita hanya senaraikan dua penjaga gol manakala Afiq saya terpaksa gugurkan kerana daripada lima pemain import yang saya panggil, tiga adalah pemain di bahagian serangan. Jadi saya terpaksa korbankan Afiq hanya untuk perlawanan ini. Nama dia tetap terjamin dalam skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan bertemu Hong Kong, 6 Jun ini serta dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu Timor Leste dan Palestin selepas itu,” – DOLLAH SALLEH

Piihan Malaysia vs Tottenham
Piihan Malaysia vs Tottenham

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *