Menu Tutup

Semudah ABC atau Sesedap ABC ?

Awal tahun dulu..masih segar diingatan..

Aku : Along hari ini belajar apa ?

Anakku : hari Along belajar ABC

Aku : cuba sebut A sampai Z..?

Anakku : Tak tahulah…bah belilah ABC kat kedai tu..

Erkk..tu awal tahun dulu masa mula dia ke sekolah..yer lah baru 4 tahun aku dah hantar ke sekolah..sekolah literasi Felda..biasanya sekolah tu untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun je..tapi aku hantar awal..nampaknya dia dua tahunlah dia sekolah kat Literasi Felda tu..huhu..

Tapi hujung tahun ini,alhamdulillah dia tahu apa tu A sampai Z dan boleh mengeja beberapa perkataan mudah..dan paling aku rasa bangga dia boleh cakap .. ” bah tak payah beli ABC..nanti gigi Along rosak..” oh dah ada kesedaran..mungkin cikgu dia ada ajar kot benda tu..hehe..itulah budak-budak kecil ni..melentur buluh biar dari rebung..

Nyum nyum ABC

10 Comments

  1. Pia

    “kiz,budak2 ms umur baya 4-5 thn ni kalau diajar sedikit ilmu ..mmg diorang senang ‘tangkap’…silap2 kalau ms ni dia dpt sesuatu ilmu sampai bila2 diorang ingat…contohnya abc…”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *