Breaking News
Home » Uncategorized » Semarak Merdeka | Malaysia Tempat Tumpahnya Darahku [Part 1]

Semarak Merdeka | Malaysia Tempat Tumpahnya Darahku [Part 1]



Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegis (127,350 batu²).Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei[2] dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan.

Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapore keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan KDNK kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains, pelancongan, perdagangan dan perubatan.

Sumber Rujukan wikipedia

Check Also

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017. Hari ini 15.7.2017 merupakan perlawanan ke 16 buat semua …

4 comments

  1. semangat patriotik ni kiz. bagus2 đŸ˜€

  2. jom letak bendara mcm ku kat tingkap bilik kolej kediaman,,,,huhuhu…

  3. hmmm rugi kalo kita tak belajar sejarah Tanah Melayu sebenarnya.

  4. ari ni blaja sejarah kito… kih kih kih

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *