Breaking News
Home » Uncategorized » Semangat Betul Bebudak Ini

Semangat Betul Bebudak Ini

Assalammualaikum..baru dapat nak tekan tekan keyboard ni..Apa apa pun selamat hari guru kepada semua guru2 sempena sambutan hari guru esok.Tak kiralah guru apa,yang penting setiap mereka yang mencurahkan ilmu adalah guru.Guru memasak pun kira guru juga.Guru silat pun guru juga..btol tak?

Dari semalam anak2,anak2 buah serta ipar yang masih sekolah sibuk membungkus hadiah dan mencoret kata kata pada kad untuk guru pilihan masing masing.Yelah.kenalah bagi seorang je.Kalau nak bagi semua tak termampukan.Apa yang penting kita doakan kehidupan guru2 itu agar dapat terus menyumbang tenaga dalam membimbing anak bangsa.

Si ibu sibuk membungkus hadiah..aku si jejaka pula menjadi tukang karang kata kata di atas kad..macam macam madah pujangga keluar dari pemikiran aku ni..aku dah pesan kat bebudak ni..hadiah ini hanya sebagai simbol je..apa yang penting dalam menghargai sumbangan guru adalah mendengar kata mereka dan tekun belajar.Kalau apa yang guru ajar tu sila perhatian dalam kelas..kalau tak ibarat guru tu hanya bercakap sorang2 dalam kelas..

Hormati guru..baru ilmu yang kita dapat berkat..ilmu nak pakai lama…kalau tak berkat tak senang hidup beb..

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

4 comments

  1. untung jadi guru ni…sentiasa dihormati..memang tak terbalas jasa guru2 ni..selamat hari guru utk mereka..esuk !!

  2. Terima kasih.

    Selamat dari GURU . hehehehe

  3. adik aku pun sibuk duk balut hadiah skang ni. hehe

  4. Rafidah Farhana

    Setuju. Teringat zaman sekolah dulu.
    Kenapa tak ada selamat hari pensyarah ea?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *