Home » Berita » Semakan Daftar Pemilih Kurang Sambutan ?

Semakan Daftar Pemilih Kurang Sambutan ?

Semakan Daftar Pemilih SPR | Cara Semak Daftar Pemilih – Menurut laporan SPR , cuma 354,436 daripada 12.9 juta pemilih berdaftar membuat semakan pendaftaran mereka sepanjang Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 2012 pada bulan Jun. Ini bermakna cuma 3 peratus pemilih berdaftar yang membuat semakan sepanjang kempen itu. Apa dah jadi ?

Berikut adalah pecahan jumlah semakan sepanjang kempen itu. 234,592 membuat semakan melalui laman web SPR, Sistem Pesanan Ringkas (106,238), telefon (6,884), hadir sendiri (6,578), faksimili (402) dan selebihnya melalui surat.

Untuk info Semakan boleh dibuat menerusi lawan web SPR di www.spr.gov.my atau melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip “SPRSEMAKNO KAD PENGENALAN” dan hantar ke 15888 atau menelefon ke ibu pejabat SPR di talian 03-88856565.



sumber BERNAMA

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *