Breaking News
Home » BR1M » Semakan BR1M 2015 Online

Semakan BR1M 2015 Online

Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M 2015 telah pun diumumkan pada bajet 2015. Nilai atau kadar bayaran , cara bayaran berbeza dari sebelum ini. Selain itu semakan secara online juga masih disediakan untuk penerima lama , semakan status permohonan , kemaskini dan juga permohonan baru secara online juga disediakan selain dari permohonan secara manual mengunakan borang permohonan.

SEMAKAN BR1M 2015 ONLINE DAN TARIKH

Segala urusan online untuk semakan BR1M 2015 permohonan baru , kemaskini maklumat pemohon serta semakan permohonan akan mula dibuka bermula dari tarikh 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Jadi jika laman ini telah dibuka sepenuhnya , digalakan semua penerima lama atau pun baru membuat semakan untuk mengelakan permohonan gagal diproses.

SEMAKAN BR1M 2015 ONLINE
Semakan , permohonan bermula 1 Disember 2014

Selain melalui laman web e-BR1M , pemohon atau penerima boleh membuat sebarang pertanya melalui talian hotline 1-800-88-2716 ( LHDNM / BR1M ) atau Kementerian Kewangan 03-88824565 atau 03-8882 4566.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BARU BR1M 2015 atau BRIM 4.0

Syarat kelayakan mengikut kategori adalah seperti dibawah mengikut jumlah pendapatan.
KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN RM3000 KEBAWAH & RM3000-RM4000

Status Warganegara Malaysia
Kriteria Kelayakan Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya

  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan

Warga emas (sebatang kara)berumur 60 tahun keatas

Pendapatan Kasar Bulanan RM3000 dan kebawah (termasuk dengan warga emas)
RM3000 dan RM4000
Cara Pembayara Dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu ( kategori bawah RM3000 )

  • RM300 Januari dan Mei
  • RM350 September

Dibayar sebanyak tiga kali setahun ( kategori RM3000-RM4000)

  • RM200 Januari dan Mei
  • RM350 September

 

PENERIMA BR1M KATEGORI BUJANG
Status Warganegara Malaysia
Kriteria Individu (Bujang)

  • Berumur 21 tahun ke atas
Pendapatan Kasar Bulanan RM2,000 Kebawah
Cara Pembayaran Diterima Dibayar sekali gus mulai awal Januari 2015

 

kadar dan tarikh bayaran BR1M 2015

 

CARA BAYARAN BR1M 2015

Bagi penerima kategori isi rumah kategori bawah RM3000 dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Mei RM300 serta RM350 pada bulan September 2015.
Bagi kategori RM3000-RM4000 penerima akan mendapat RM200 dan RM350 Januari, Mei dan September.
Bagi Kategori bujang , akan dibayar sekaligus pada bulan Januari.

KADAR BAYARAN

Melalui pembentangan bajet 2015 , Perdana Menteri mengumumkan kadar jumlah pemberian BR1M Bantuan Rakyat 1 Malaysia dinaikkan berbanding pada tahun sebelumnya.  Kadar BR1M sebelum ini iaitu RM650 dinaikkan sehingga RM950 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000, kerajaan akan meningkatkan BR1M daripada RM450 kepada RM750. Bagi kategori individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM300 kepada RM350.

Check Also

BR1M 2016

Tarikh Bayaran BR1M 2016

Tarikh Bayaran BR1M 2016. Pasti ramai yang ingin tahu bila bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *