Home » Santai » Selamat Hari Ibu Dan Doa Untuk Ibu

Selamat Hari Ibu Dan Doa Untuk Ibu

Selamat Hari Ibu Dan Doa Untuk Ibu. Esok 08-05-2011 adalah hari ibu. Dimanakah ibu ibu anda sekarang. Bagaimana keadaannya? Seringkah anda yang sentiasa sibuk ini melawatnya. Kerana sesibuk mana pun mereka dulu masih boleh membesarkan kita dengan kasih sayang.

Selamat Hari Ibu

Hargailah pengorbanan ibu selagi mereka masih ada..selagi ada kesempatan. Berbaktilah kepada mereka. tiada guna lagi jika menangisi kesilapan andai kesempatan itu kita sia siakan ketika ada usia mereka.

Betapa besar pengorbanan kita sejak dari dalam kandungan hingga menahan kesakitan melahirkan. penat jerih mencurah kudrat melayan kerenah dalam membesarkan. Tak terbalas dengan wang ringgit atau harta dunia pengorbanan itu.

Jadi luangkanlah masa walaupun sedikit untuk mereka. Walaupun mereka tidak mengharapkan apa apa balasan namun perhatian dan doa dari seorang anak sangat besar ertinya bagi mereka. Andai kini di kejauhan. titipkan mereka dengan doa doa buat mereka..

Doa Untuk Ibu
“Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” [Al Israa’:24]

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku.. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil lagi”

IBU ENGKAULAH RATU HATIKU

Check Also

doa selepas solat

Doa Selepas Solat

Doa Selepas Solat. Dibawah merupakan salah satu doa yang boleh diamalkan selepas solat setiap hari. …

2 comments

  1. jasa mereka d kenang..

  2. ::yartHaryati::

    moga ibu bahgia hidup di dunia dan di akhirat sana…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *