Breaking News
Home » Berita » Sekolah Sunyi Hanya Seorang Murid

Sekolah Sunyi Hanya Seorang Murid

Sekolah Sunyi Hanya Seorang Murid yang mendaftar atau belajar didalam kelas. Cuba bayangkan anda murid itu tidak hadir pada hari itu. Bukan hanya pada pihak sekolah, tetapi kepada murid itu sendiri tidak dapat menikmati zaman persekolahan bersama rakan-rakan sebaya.

Bukan kisah omongan tetapi inilah rialiti yang berlaku dibeberapa sekolah di Semenanjung Malaysia. Kekurangan murid yang sangat ketara terutama yang mendaftar memasuki tahun satu. Mungkin faktor lokasi menjadi penyebab dimana mereka yang mempunyai anak ramai yang berhijrah ke lokasi lain untuk bekerja.

Sekolah Sunyi Hanya Seorang Murid

Dibawah kami kongsikan beberapa sekolah yang hanya mempunyai seorang murid tahun 1 untuk 2017 malah ada sekolah yang kurang pelajar dari tahun enam kebawah. Menurut laporan artikel yang dipetik menenurusi akhbar Harian Metro beberapa sekolah di semenanjung mengalami kekurangan murid yang serius bukan saja kekurangan murid tahun satu, malah ada sekolah yang hanya dua murid.

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di Bagan Datoh hanya mempunyai dua orang murid yang belajar disitu. Seorang pelajar tahun 5 dan seorang tahun 1 yang mendaftar untuk 2017. Sementara itu SJK Tamil Ladang Sungai Sebaling yang terletak di daerah Jempol, Negeri Sembilan hanya seorang yang mendaftar masuk tahun 1. Namun sekolah itu mempunyai tiga murid tahun dua, tahun empat tiga orang, tahun lima seorang dan enam seorang yang menjadikan sekolah itu hanya ada 9 orang keseluruhan untuk tahun persekolahan 2017.

SRJK (C) Yoke Hua, Air Mawang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, hanya ada seorang murid tahun satu yang mendaftar. Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption, Bagan Dalam, Butterworth pula hanya ada tujuh murid tahun satu bagi sesi 2017 dan mungkin akan berkurangan pada tahun mendatang.

Walau seorang atau sunyi, persekolahan dan sesi pembelajaran harus diteruskan. Pada pendapat admin, kekurangan ini ada kelebihan dengan guru boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada murid yang tidak ramai. Semoga semua pelajar disekolah ini akan berjaya walaupun anda kesunyian. Sekolah Sunyi Hanya Seorang Murid, namun tidak terkira ilmu yang ada disitu.

Check Also

keputusan Liga Super 26 April 2017

Keputusan Liga Super 26 April 2017

Keputusan Liga Super 26 April 2017. Saingan diteruskan dengan enam perlawanan berlangsung. Beberapa venue juga …

One comment

  1. Hehe 2 orang murid je (termasuk yang lelaki darjah 5 tu) boleh la create filem cinta ni, in future hehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *