Home » Uncategorized » Sekitar Keputusan SPM 2010 | SMS Tunku Munawir Terbaik | Pelajar Cina Dapat A Tasawwur Islam

Sekitar Keputusan SPM 2010 | SMS Tunku Munawir Terbaik | Pelajar Cina Dapat A Tasawwur Islam

Lagi cerita sekitar keputusan SPM 2010..banyak kisah suka duka bagi calon2 yang terlibat.Tapi kali ni nak kongsi tentang sekolah terbaik dan pelajar cemerlang..Satu di Negeri sembilan manakala seorang di Terengganu..

Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban muncul sekolah terbaik peringkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.Ini juga merupakan tahun kedua berturut turut sekolah ini menjadi sekolah terbaik untuk SPM.SMS Tunku Munawir mencatatkan peningkatan terbaik bagi Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu sebanyak 0.89 berbanding tahun sebelumnya iaitu 0.97.Daripada 266 calon yang menduduki SPM, seramai 143 orang memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil.Tahniah SMS Tunku Munawir diatas kecemerlangan yang berterusan ini.

Manakala di Terengganu seorang pelajar berbangsa Cina mencatatkan sejarah tersendiri apabila memperoleh A bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Tasawwur Islam.Beliau berminat mengikuti mata pelajaran tasawwur sejak di tingkatan empat lagi dan dia banyak dibantu oleh rakan-rakan Melayu yang mengikuti mata pelajaran itu.Tahniah juga.Tak sangkakan seorang pelajar cina mampu mencapai keputusan yang cemerlang dalam tasawwur islam.Semoga ini menjadi tauladan dan cabaran kepada pelajar Melayu yang beragama islam.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

3 comments

  1. Islam itu untuk semua umat.

  2. nothing impossible kalo ada usaha (^_^) insyaallah berjaya…

  3. segalanya mungkin..
    sesiapa yang usaha dia dapat nikmatnya!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *