Home » Berita » Sekitar Harian Metro | 13 04 2011 | Meluat Bini Dah Tua | Ameng Di Jel Dan Sebat | Posmen Dalang Kad Kredit Palsu

Sekitar Harian Metro | 13 04 2011 | Meluat Bini Dah Tua | Ameng Di Jel Dan Sebat | Posmen Dalang Kad Kredit Palsu

Apa cerita sensasi pagi ni di akhbar sensasi harian metro? Aku memang suka mensensasikan lagi cerita akhbar ni..haha..Tajuk muka depan hari ni Meluat Bini dah Tua..Apa kes macam ni.Dah tua tua baru nak meluat.Kenapa masa muda dulu tak..ceh..macam hampeh je..satu lagi kes vokalis kumpulan spring yang di jatuhkan hukuman penjara dan sebat.

Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.
Wah zalim singguh si tua ni.nak katakan bini dah tua..yang dia pun tua apa.Alasan memang tak masuk akal.

Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin..memang mengaibkan dan macam sengal je.

VOKALIS SPRING DI PENJARA DAN SEBAT
Vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah dalam badan di sebuah hotel di Taman Melaka Raya, di sini, Februari lalu.

Mengikut pertuduhan, Ameng dan isterinya didapati memiliki kanabis seberat 105.90 gram di bilik nombor 1, Hotel Senyum Mesra, nombor 346 A&B, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, dekat sini, pada 1 Februari lalu.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama, dibaca sekali dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan membabitkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan 10 sebatan jika sabit kesalahan Bagi pertuduhan kedua, pasangan itu dituduh memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram di tempat, masa dan tarikh sama.

Jadi sekarang siapa yang susah..tak der kerja cari kerja.Tak pasal pasal kena penjara dan sebat.
Dulu popular sekarang merempat dalam penjara.

DALANG TIPU KAD KREDIT
tujuh posmen dan seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menjadi dalang sindiket penipuan kad kredit ditahan dalam beberapa serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada 1 April hingga 9 April lalu.
Sindiket yang menggunakan khidmat posmen bagi memintas kad kredit mangsa itu akan membayar upah antara RM50 sehingga RM100 bagi satu kad kredit dipintas.
Sepandai pandai tupai melompat akhirnya ketanah juga..sebab duit sanggup buat kerja yang tak bermaruah macam ni..Bagi aku biar miskin jangan kita jual maruah..ahakss..

KREDIT TO HARIAN METRO untuk Berita penuh

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

8 comments

  1. pasal ameng tu cnfirm ke akan disebat… biasa nye kalau orang yang popular ni kalau rayu2 lame2 hukuman pon diringan kn 🙂 renung2 kn lah

  2. perbuatan tokki yg x sedar tua tu mmg buat TK hangat la..
    yg posmen tu satu, sanggup ia buat cmtu.. patutnya kena sebat jg ni..

  3. “macam2 hal kan…yg pasal ameng tu.kesiankan..tp geram hari tu sbb dia salahkn bekas isteri dia semata2 nak lepas…ingat boleh lps ker..”

  4. yg kencing tu..potong anu dia pastu bako..!!!

  5. kenapa mesti kat lembah klang?! (tiba2 lak terasa.. ops!) haha XD

  6. mommy bc tajuk ase dah geram…kalu mommy dapat lelaki tu mommy tepuk idung2 die…grrrrrr~

  7. bodoh betul..ada pi kencing bini dia…geram mina…

    kes dadah..tak tau nk ckp ape..
    huhuhu

  8. A y e s h a Ramlee

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *