Home » Uncategorized » Sekali Sekala Gelak Ketawa 3

Sekali Sekala Gelak Ketawa 3

Assalammualaikum..selamat berhujung minggu buat semua.Esok nak hari ibu.Di kesempatan ini nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua sahabat blogger yang bergelar ibu.Pengorbanan ibu sangat besar buat semua..Sambil layan layan blog jom kita cuit cuitkan hati..boleh juga hilangkan stress atau yang seangkatan dengannya..jom sekali sekala gelak ketawa..
Hanya sekadar lawak buat hiburan hati

KISAH 1
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah
hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga
bilik berkenaan. Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila
tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya
menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil
gambarnya…

KISAH 2
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah
klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia
segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan, mereka telah melukai jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? Shan : Saya datang untuk ujian air
kencing…

KISAH 3
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa,
dia bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh,
gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya
membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

pinjam sini

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

6 comments

  1. haha kalau la ujian darah tu sama cam ujian air kencing. sakitnyeee…

  2. Belalang Hijau

    abis la tuuuut budak tu kena potong…hahahaha

  3. haha.bengong jek..lawak2

  4. l a l a , S h a h e i l a

    Yg first tu dah pernah baca..
    yg kedua tu best..haha

  5. dayah SnoW Heuka

    y 1st best!! pasan amek gambo hahhaha terasa jap 😛

  6. macam lawak kumpulan R2 dalam raja lawak…diorang pun mesti ceduk idea juga dari internet…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *