Home » Uncategorized » Sekadar Untuk Menduga

Sekadar Untuk Menduga

Petang tadi sesaja lepak kat bawah pokok depan rumah.Sambil tenung tenung netbook saka ini untuk cari idea nak mula menulis.Tapi hampeh sebesar zarah pun idea tak timbul.Abis tu nak buat apa?
Dalam menung2 cari idea tu aku ternampak sekumpulan kanak2 yang berumur lingkungan 6 hingga 13 tahun yang sedang bermain2 sekitar tempat aku melepak.Timbul idea..ehh bukan idea untuk menulis tapi untuk menduga kanak2 ini.

Aku panggil kanak2 ini melepak dengan aku dengan umpan ajak tengok youtube.Mula mula aku buka cerita kartun animasi..ermm respon..macam tak minat je bebudak ni.Aku cuba lagi dengan cerita2 filem melayu..eh..ada yang cakap tak best bang..dah tengok dah kat CD..ok akhir sekali..nah amik kau..aku buka video mat rempit yang melambak kat youtube tu..haha..memang tak ku duga cempedak jadi nangka.Mereka semua memang menunjukkan minat dan sangat teruja.Mulut mereka tak habis2 membebel memberi komen tentang skill yang mat rempit biasa buat.Persoalannya,dari mana mereka tahu semua ini.Kenapa rempit2 ni menjadi minat kanak2 yang sekecil ini? Adakah mereka ini akan merempit juga bila tiba masa nanti? Risau aku risau..

Jadi pengaruh buday merempit ini memang kuat..apa yang aku boleh buat tadi nasihatkan mereka keburukkan merempit..setakat mana nasihat aku tu akan melekat di ingatan mereka?

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

12 comments

  1. Tol gakkan? Lau ade ank jgn bg depa dok main moto bawak moto tadek lesen.. Susah t.. Dorg nk action jer tp tatau lau terlebih action masok bawah lori da cuttt!!! Hahaha..

  2. terlampau banyak filem tempatan yang mempengaruhi fikiran budak-budak sekarang.

  3. dah bnyak sgt tgok movie lah kanak3 tuh

  4. mungkin pengaruh dari abang-abang mereka yang sepatutnya menjadi contoh yg baik kepada mereka…pengaruh dari filem lagi…mat rempit kdg2 diangkat oleh kanak2 sebagai wira pula…

  5. pengaruh yg tak elok byk sgt skrg ni

  6. haha budak2 da suka mat rempit. besar nanti tatau la camana

  7. pengaruh media makin berleluasa πŸ™

  8. setakat tu je la..melekatnye..kih kih

  9. ish budak2 skrg .. bagi la ceramah kt dorang .. hehe πŸ˜€

  10. sbb skg ni byk sgt kt media psl isu rempit sbb 2 lah dorunk ni berminat sgt nk taw..bdk2 kn cpt terpengaruh huhu sbb 2 lah ibubapa kne mainkn peranan yg penting huhu

  11. dorg kata dah byk tgk kt vcd kan??? sure la cite2 rempit yg dorg tgk letewwww

  12. bagi dorang bawak beskal je sampai bila2 hahaha

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *