Breaking News
Home » Uncategorized » SEGMEN ENTRI PERTAMA AKU BERBLOG

SEGMEN ENTRI PERTAMA AKU BERBLOG

fuhh..sekian lama akhirnya terbuka jua kembali hati ini nak menjoinkan diri bersegmen di segmen sahabat blogger.Korang boleh sertai segmen ini yang dianjurkan oleh Wan Cikgu Muzik ( atok boboi boy .. terbaekkk ).Segmen ini memerlukan anda mengimbas kembali sejarah anda pertama kali terjebak ke kancah dunia penulisan blog.Kalau setakat tulis surat cinta dengan letak bedak wangi tak perlulah kot..blog sahaja..

Sejarah aku dalam berblog ni bermula apabila .. jeng jeng..selepas pesanan penaja..ok ok..macam ni..aku mula terlibat dengan blog ni masa aku aktif memancing dulu..dapat ikan tangkap gambar..tak dapat ikan pun tangkap gambar..jadi aku tak tahu macam mana nak bagi tahu dunia yang aku ni pemancing tegar..masa tu aku mana ada akaun facebook..( serius..orang sibuk layan Fb aku akaun pun tak ada ..sekarang ni je yang ada ).Abis macam mana aku nak tempek2 gambar ni..godek2 internet..jumpalah laman web blogspot ni..oh..oh..oh ini ke yang orang sebut-sebut blog tu ( masa tu tengah panas kes penulis blog kena saman )..aku pun daftar le..macam haram je rupa blog aku masa tu..yerlah tak tahu apa apa..main belasah je..tapi bila syok2 tampal2 gambar kat blog ( blog memancing ni dah berkubur )..terfikirlah nak menulis..haha..maka terjadilah blog kizmyself ni..masa tu tak tahu nak tulis apa..inilah entri pertama blog ni [ ENTRI PERTAMA AKU ] yang ditulis dan diterbitkan pada 28 JUN 2009.Lepas tu senyap sebelum entri kedua menyusul pada 19 Julai 2009 sebelum senyap yang lama..haha..dan memang mula serius dan menulis semula untuk entri yang ke 3 pada 1 Oktober 2010 sehingga sekarang.Bayangkan berapa lama terbiar..

Jadi entri segmen ini merupakan entri aku yang ke 1002 ..ahaks..dah lepas angka seribu..baru perasan..cehh.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

5 comments

  1. perrgghhhh..!! terbaeekk lahh entri nih.. hehehhee… mcm tuu rupanya sejarahnya… hihihihihi… kelakar kan bila diimbas semula kan?? huhuhu

  2. waaa… start jun, serius bulan 10 serius.. 4 bulan jugak lah eak..

  3. start dr memancing rupenya ^_^

  4. huhuhu… mula dari blog memancing rupanya.. hahahha…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *