Breaking News
Home » Agama » Sedekah Menyubur Keimanan

Sedekah Menyubur Keimanan

Amalan Sedekah Menyubur Keimanan – As salam, sekadar perkongsian buat tatapan pembaca mengenai amalan sedekah. Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa melakukan kebaikan kepada manusia dengan memberi pertolongan, menyumbang bantuan tenaga dan menghindarkan sesuatu yang mendatangkan mudharat kepada manusia. Semua amalan baik yang dilakukan oleh seseorang dengan tulus ikhlas adalah merupakan ibadat dan ia akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

amalan sedekah

Hadith: Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Setiap anggota manusia dikehendaki memberi sedekah selagi matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang (yang bertelingkah itu) merupakan sedekah, menolong orang yang hendak menaiki kenderaan adalah sedekah atau mengangkat barangan ke atas kenderaan adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah perjalanan untuk sembahyang adalah sedekah dan membuang benda yang berbahaya dari jalan adalah sedekah”. – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sedekah bukan hanya dengan mengeluarkan harta dan wang ringgit malah makna sedekah lebih luas daripada itu seperti yang ditunjukkan oleh hadis ini iaitu bersedekah dengan tenaga dan bersedekah dengan kata-kata.

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA.. YANG PALING PENTING IKHLAS..

sumber rujukan Jakim

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *