Breaking News
Home » Uncategorized » Sedarlah Sebelum Terlambat

Sedarlah Sebelum Terlambat

Surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”

Sedarkah kita selama ini..setinggi mana pun kita berada pernahkah anda terfikir siapakah yang mula2 mendidik anda..siapakah yang membesarkan kita..dalam kepayahan bertarung nyawa melahirkan..dalam belaian kasih sayang ibu menyusukan kita..dengan kudrat tulang 4 kerat pula bapa mencari rezeki demi anak tercinta..kasihnya ibu membawa ke syurga..kasihnya bapa sepanjang masa..

Wahai Rasulullah: “Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah.” “Apakah ibumu masih hidup?” orang itu menjawab: “Ya”. Rasulullah s.a.w bersabda. “Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada.” (Riwayat at-Thabrani) Dari ayat ini dapat kita gambarkan keutamaan kita terhadap ibu..jangan kita abaikan ibu mahu pun bapa kerana kita lebih rela mengejar dunia yang fana ini..ada yang sampai langsung tak pernah balik ke kampung melihat orang tua hanya kerana kesibukan tugas harian..fikirkanlah..!! Selagi keduanya masih hidup berbaktilah..gembirakanlah mereka..sebab kalau nak kira membalas jasa memang tidak terbalas jasa mereka yang memang tak ternilai walaupun dengan wang ringgit.

Sudah menjadi sikap manusia menyedari akan kepentingan sesuatu apabila benda itu tiada lagi dengan kita, apabila kita telah kita telah kehilangannya, sedarlah sebelum terlambat..

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

7 comments

  1. waaaaaa~ tetibe nk blek rumah.. nk jumpa ibu.. sob3~ T_T

  2. ermm….betul tu..setelah tiada baru ditangisi… =(

  3. Assalamualaikum,

    terima kasih atas entri ini…
    sedikit sbyk menginsafkan diri..
    :'(

  4. terima kasih utk perkongsiaan ini..kiz

  5. Terima kasih good reading and sharing pagi2 nie…

    Love,
    Mommy RAzim

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *