Home » Berita » Secret Recipe Dapat Semula Sijil Halal

Secret Recipe Dapat Semula Sijil Halal

Secret Recipe Dapat Semula Sijil Halal. Masih ingat lagi kes penarikan pensijilan halal Secret Recipe oleh JAKIM pada bulan Mei lalu akibat pelanggaran serius melibatkan kebersihan dan amalan pengilangan.

punca sijil halal secret recipe ditarik
Secret Recipe

Kini Secret Recipe kembali mendapat pensijilan halal mereka. Secret Recipe menerima pensijilan halalnya semula susulan kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf Central Kitchen di Taman Mayang dan kilang baharunya di Kota Damansara. Sijil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan syarikat itu mematuhi standard tertinggi keselamatan makanan dan Standard Malaysia Pensijilan Halal, MS1500:2009.

Menurut satu kenyataan dari pihak Secret Recipe pula

“Kami memberi jaminan bahawa keselamatan makanan dan kawalan kualiti menjadi keutamaan kami berikutan kami telah melalui proses dan standard yang ketat untuk mengekalkan pensijilan kami sejak 15 tahun lalu dan kami akan terus mendukung  janji kami kepada para pelanggan,”

Semoga tidak timbul sebarang keraguan dikalangan pengguna.

sumber mstar

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *