Breaking News
Home » Uncategorized » Sebastian Vettel Juara Formula 1 2011

Sebastian Vettel Juara Formula 1 2011

Pelumba Red Bull, Sebastian Vettel mengesahkan kejuaraan dunia Formula Satu (F1) musim ini selepas menduduki tempat ketiga pada GP Jepun semalam.Ini bermakna pelumba Jerman itu cemerlang dengan status juara berganda termuda dalam F1.Pelumba McLaren, Jenson Button yang bermula pada kelompok depan bersama Vettel (petak pertama), memenangi perlumbaan di Litar Suzuka.

Vettel hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kejuaraan musim ini atau Button gagal memenangi perlumbaan.Begitupun 15 mata yang diperoleh setelah menduduki tempat ketiga semalam lebih daripada mencukupi untuk pelumba berusia 24 tahun itu menjadi pelumba termuda yang memenangi kejuaraan dunia berganda.

Sumber Agensi/Utusan

Check Also

Siaran langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Jadual Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017

Siaran Langsung Piala Malaysia 18 Julai 2017. Sainga TM Piala Malaysia kembali lagi dengan lapan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *