Breaking News
Home » Berita » Sebab Penarikan Sijil Halal Secret Recipe

Sebab Penarikan Sijil Halal Secret Recipe

Sebab Penarikan Sijil Halal Secret Recipe. Sekarang hangat diperkatakan terutama di media sosial berkaitan penarikan semula sijil status halal Secret Recipe. Berbagai tanggapan diberikan oleh pengguna media sosial. JAKIM tampil membuat penjelasan berkaitan isu ini.

punca sijil halal secret recipe ditarik
Secret Recipe

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan penarikan pengesahan halal secret recipe bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk tapi kerana melanggar Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan dan Good Manufacturing Practice (GMP).

Menurut JAKIM penarikan sijil halal itu tidak menghalang syarikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Semoga dengan penjelasan ini dapat mengelakan sebarang sebaran maklumat salah yang boleh mencetuskan berbagai spekulasi terutama di media sosial.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *