Breaking News
Home » Info Hiburan » Sebab Che Ta Tarik Diri Juri AF2015

Sebab Che Ta Tarik Diri Juri AF2015

Sebab Che Ta Tarik Diri Juri AF2015. Pasti semua telah sedia maklum akan keputusan Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan Che Ta menarik diri dari menjadi juri rancangan rialiti TV Akademi Fantasia AF2015. Inilah adalah kali pertama dalam sejarah rancangan itu seorang juri menarik diri dari program tersebut kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pengetuanya.

Edry dan Rozita Che Wan
Edry dan Rozita Che Wan

Che Ta mendakwa tidak puashati dengan Edry Abdul Halim yang memakinya akibat komennya terhadap pelajar AF dimana Edry adalah pengetua bagi musim ini.

Ini bukan soal duit atau populariti sebab setiap minggu muncul di kaca TV dalam sebuah program yang ratingnya tinggi, tetapi ia adalah soal maruah.  Saya tidak mahu bekerja dalam suasana yang tidak sihat di mana ada orang yang tidak tahu saling menghormati dan tidak respek yang saya cuma menjalankan tugas yang diberikan.  Semua soal professionalism.  Apa yang saya buat adalah kerja saya dan saya hanya berminat bekerja dengan orang yang mempunyai tahap professionalismnya sama seperti saya, tapi dia maki saya ketika live show semasa saya sedang beri komen tapi kamera tak sempat nak ambil gambar diaRozita Che Wan

Sementara itu menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Che Ta sebagai juri tetap tidak akan menjejaskan rating program Akademi Fantasia 2015. Pihak Astro bersetuju melepaskan beliau.

Memetik satu kenyataan Edry pula,  dia tidak mengherdik mahupun memaki Rozita seperti didakwa sehingga menyebabkan Che Ta bertindak menarik diri.

Saya tak maki atau herdik dia sebaliknya hanya menegur dan seharusnya sebagai orang industri mahupun yang menerima mandat sebagai juri, dia seharusnya terbuka dengan kritikan dan teguran. Saya hanya menegur komenya kepada pelajar saya di AF. Harus diingat sebagai juri bukan kerja mudah, Ia sangat berat. Selepas minggu keenam AF2015 bersiaran, saya lihat dan rasa komen dia kepada pelajar tak beri kesan kepada pelajar. Juri pun bukan ada kekebalan kerana mereka juga terbuka dengan kritikan sesiapa yang tak berpuas hati,”

Edry menyatakan beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Rozita. Semoga isu ini tidak berpanjangan dan akan ada jalan penyelesaian.

sumber Sinar, media hiburan, bh online

Check Also

peserta Mentor Milenia 2017

Senarai Peserta Mentor Milenia 2017 TV3

Rancangan rialiti TV terbitan TV3 kini kembali untuk musim kedua. Setelah selesai sesi ujibakat kini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *