Home » Info Hiburan » Sayangku Kapten Mukhriz

Sayangku Kapten Mukhriz

Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz. Drama terbaru yang telah mula bersiaran pada 13 Julai 2016 di Slot Akasia TV3. Drama ini juga merupakan cerita yang di adaptasi dari novel yang bertajuk Anugerah Terindah. Seperti biasa bersiaran setiap jam 7 malam Isnin hingga Khamis. Bakal mengandingkan Raja Afiq dan Niena Baharun selaku pelakon utama.

Sayangku Kapten Mukhriz
Sayangku Kapten Mukhriz

SINOPSIS SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ
Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas, pegawai KAGAT yang berkhidmat dalam pasukan tentera. Mukhriz menjadi tumpuan warga kem kerana kisah hubungannya dengan Kapten Aliza yang menjadi perhatian. Kapten Aliza Adeline, keturunan cina jatuh cinta pada Mukhriz. Malah, ramai yang suka mereka bersama sebab merasakan mereka pasangan yang sepadan. Namun, keputusan Mukhriz untuk menolak cinta Kapten Aliza membuatkan wanita itu kecewa dan minta ditukarkan ke Kelantan. Gamat seketika suasana. Ramai yang simpati pada Kapten Aliza kerana tahu Kpten Aliza sedang mendalami Islam dan perlukan pembimbing. Namun Mukhriz bimbang jika Aliza mahu memeluk Islam kerana mahu berkawin dan bukan kerana sinar Islam itu sendiri. Dan Mukhriz juga mengalah kerana dia tahu Fakhrie begitu sukakan Aliza dan berdoa agar suatu masa nanti mereka akan bertemu jodoh.

Kapten Ustaz Mukhriz seorang yang tidak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala Doktor Ariana seorang yang mudah jatuh cinta. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz.

Saksikan kisah seterusnya dalam Sayangku Kapten Mukhriz di Slot Akasia TV3.

Check Also

sinopsis Drama Cucu Tauke Beras

Drama Cucu Tauke Beras

Sebuah lagi drama menarik akan disiarkan menerusi slot dahlia TV3. Drama Cucu Tauke Beras ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *