Breaking News
Home » Berita » Sayang Cikgu Ketat Ketat Di Pasaran Julai Ini

Sayang Cikgu Ketat Ketat Di Pasaran Julai Ini

As salam.. apa tunggu lagi, julai 2012 sesuatu yang ketat bakal berada di pasaran. Peminat barangan ketat jangan lepaskan peluang ini..haha..otak ekau jangan nak mula kuning yo..ini bukan cerita 18 SX ini cerita orang baik-baik tau..kah kah.. Sebenarnya aku nak cerita pasal novel..( tetiba je lah pulak aku ni pembaca novel kan ).. novel apa tu ? ni haa sebuah novel nukilan blogger Rafina Mimi yang bertajuk SAYANG CIKGU KETAT KETAT terbitan Kaki Novel. Dulu novel ini disiarkan di blog beliau namun tak der lah sampai endingkan.. masa aku baca cerita ini kat blog memang bestlah..kena dengan jiwa..cerita cinta yang santai.
Sedikit info tentang novel Sayang Cikgu Ketat Ketat ini.. novel ini setebal 544 muka surat..harga ? Harga pula RM 20 untuk semenanjung dan RM 23 Sabah/Sarawak..nak lagi murah jadi ahli .. RM 16 semenanjung dan RM 19 Sabah/Sarawak..jadi ahli apa eh..mungkin jadi ahli Kaki Novel kot..

Bagi mereka yang berada di sekitar JB akan berpeluang berjumpa dan mendapat tandatangan penulis novel yang di bawah Syarikat Kaki Novel termasuk Rafina Mimi kerana mereka akan mengadakan Road Tour pada 23 Jun 2012  2.00 petang – 5.30 petang bertempat di Tasik Merdeka , Taman Merdeka Johor Bahru..

Road Show Di JB 

Untuk menjadikan kaki novel lebih teruja untuk mendapatkan novel pertama dari Rafina Mimi ini aku selitkan sedikit petikan dari novel Sayang Cikgu Ketat Ketat Ini.. ( Mimi den minta izin yo nak share sini .. haha )

Sebaik sahaja nama ‘Aida’ yang terpacul keluar dari mulutku, dahinya sedikit berkerut. Pandai dia berlakon kononnya tidak mengerti apa-apa..


“Dari mana Anis dapat tahu kewujudan nama Aida tu? Mak abang ada bagitahu apa-apa pada Anis ke? Sejak kita berada di Pulau Kapas, Anis sudah bertanyakan pada abang mengenai Aida tapi masa tu abang tak nak bertanya pada Anis apa-apa sebab tak mahu merosakkan mood kita yang sedang bercuti..”


Suamiku semakin mendekati tetapi langsung saja aku mengundur beberapa langkah ke belakang. Tidak ada keinginan untuk aku berada dekat dengannya hanya di sebabkan misterinya seorang perempuan yang bernama Aida itu masih lagi belum terungkai..


“Kenapa abang nak libatkan mak abang pulak? Dia tak ada kena mengena pun..”


Aku menggetap bibir sambil menahan rasa sakit di dalam hati. ‘I miss you Arin..’ Dasar perempuan tak tahu malu. Mengucapkan rindu pada suami orang!


“Habis tu??”


Langkahan kaki suamiku semakin menghampiri dan terus saja dia memegang kedua-dua bahuku dengan lembut tetapi lagi sekali aku menepis tangannya dengan kasar. Lebih kasar dari tadi..

Sikit je cukup..mana boleh bebanyak.. haha.. apa apa pun aku nak ucapkan selamat berjaya kepada Rafina Mimi sebagai penulis novel.. jangan sia-siakan bakat..teruskan usahamu kawan..

sumber rujukan  ( like dan join group FB novel ini untuk info terkini )

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

3 comments

  1. terharunya saya..inilah pertama kali rakan blogger saya buat review pasal sckk..memang terharu sangat..terima kasih banyak2.. 🙂

  2. kak mimi memang berbakat dalam penulisan…bahasa santai, tak berkias-kias…mudah nk follow…tak sabar nk baca novel tu…

    tahniah kak mimi!

  3. baru je nak pk kuning …dah kena sound 😛

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *