Breaking News
Home » Info Sukan » Say No To Circus Game

Say No To Circus Game

Say No To Circus Game. Semua sedia maklum pasukan EPL Tottenham dan Liverpool bakal datang ke Malaysia dalam siri jelajah mereka pada Mei dan Julai nanti. Namun ramai peminat mempertikaikan perlawanan ini dan mahu perlawanan ini diboikot. Kenapakah ?

Say No To Circus Game
Say No To Circus Game

Sebenarnya peminat bukan menghalang atau tidak mahu perlawanan ini diadakan tetapi mereka tidak mahu FAM menurunkan pasukan atas nama pasukan kebangsaan Malaysia atau National Team dalam dua perlawanan ini. Mereka mahu FAM turunkan pasukan Pilihan Liga Malaysia yang mengabungkan pemain import terbaik dan tempatan terbaik dalam satu pasukan.

Gerakan boikot ini hangat dijalankan di media sosial terutama laman sukan antaranya laman facebook HarimauMalaya dan lain-lain. Kempen #SayNoToCircusGame rata-rata mendapat sambutan peminat bolasepak tempatan terutama dikalangan ahli dalam laman sosial terbabit.

Jika difikirkan logik, ada benarnya mengapa pasukan kebangsaan tidak sesuai diturunkan dalam perlawanan itu. Pasukan kebangsaan membawa nama negara dimana bila-bila sahaja boleh dimalukan andai kekalahan besar berlaku. Jika menurunkan pasukan pilihan Liga Malaysia pula, ini secara tidak langsung memberikan promosi hebat kepada dunia luar akan kewujudan liga negara.

Peminat bolasepak mengelarkan perlawanan ini sebagai perlawanan sarkas yang tidak memberi apa apa makna kepada pembangunan bolasepak Malaysia.

 

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *