Home » Motivasi » Satu Lagi Dugaan Di Awal Tahun 2012

Satu Lagi Dugaan Di Awal Tahun 2012

Salam buat semua pembaca dan sahabat blogger sekelian alam.Nampaknya hari ini cabaran aku sebagai anak yang sulung kembali lagi.Maklumlah bapa aku yang uzur ,jadi sebagai anak yang sulung aku ibarat bapa kepada adik-adik aku.Jam 8.30 aku dapat panggilan telefon dari seorang sahabat yang memberitahu bahawa adik kedua aku terlibat dalam kemalangan jalanraya.Memang luluh dan bagai hilang nyawa aku bila dengar berita ini.
Sampai ke tempat kejadian, kalau dilihat keadaan kereta remuk yang nun jauh terbalik didalam gaung,memang boleh bayangkan apakah nasib pemandunya.Tapi alhamdulillah,dari cakap mereka yang berada di tempat kejadian adik aku telah pun dihantar ke hospital.Setelah adik ketiga aku sampai ,aku serahkan urusan menarik kereta naik dari gaung kepadanya.Terus aku bergegas ke hospital Jempol.2 jam gak aku tunggu keputusan dari bilik kecemasan.Tangan kanan patah cuma perlu hantar untuk x-ray di Hospital Seremban.Sehingga kini keputusan masih belum diketahui.Harap-harap tiada kecederaan dalaman.Keadaannya pun sedar tak sedar je.
Baru sempat nak makan,mandi dan rehat-rehat ni.. berat mata memandang ,berat lagi bahu memikul.Aku tetap berpegang pada ayat ini sebagai penguat semangat ” Allah tidak akan menguji makhluknya dengan ujian yang tak mampu ditanggung “.Ada hikmah pada setiap kejadian.

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

11 comments

  1. semua itu ujian dan dugaan dari-Nya..harap bersabarlah bro….

  2. semoga semuanya akan semakin baik, banyak2 bersabar dan berdoa yea, semoga semuanya dipermudahkan oleh Nya;)

  3. semoga adik kiz cepat baik 🙂

  4. sebagai abg..mmg tggjwb kan…gaung tu bro..kek jempol ke..moga2 adik cepat baik..adik bujang yer..

  5. memang berat tanggungjawab tu kiz.. sedih gua mendengarnya..semoga cepat sembuh lah adik ko tu ye..

  6. Salam..

    semoga tabah menempuh ujian drp Allah dan semoga adik awak cepat sembuh 🙂

  7. sabar bro….
    ujian Allah tiba pada org yg Dia syg….
    bykkan berdoa…..

  8. Semoga dia tidak cedera teruk..syukur dia selamat..

  9. Azhafizah[フィザ]

    bersabarlah bro kiz..hadapai dugaan dengan tabah ye..be strong ye..moga adik cepat sembuh.aminn

  10. sabar ye bro…harap semuanya selamat…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *