Breaking News
Home » Info Hiburan » Sarimah Dan Tunku Nadzimuddin Sah Suami Isteri

Sarimah Dan Tunku Nadzimuddin Sah Suami Isteri

Sarimah Dan Tunku Nadzimuddin Sah Suami Isteri. Selebriti Sarimah Ibrahim selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Tunku Nadzimuddin semalam ( 2 April 2015 ). Tunku Nadzimudin atau lebih mesra dengan nama Tunku Jamie merupakan cucu kepada Yang dipertuan Besar Negeri Sembilan ke 10.

Kedua pasangan bertunang pada 27 September 2014 itu dinikahkan oleh jurunikah Istana Negara. Majlis pernikahan mereka bertemakan tradisional dan kemelayuan. Mas kahwin bernilai RM6000 dengan Sarimah menerima tujuh dulang hantaran begitu juga dengan Tunku Jamie.

Majlis pernikahan yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara ini turut dihadiri oleh ibu bapa Tunku Jamie, Tunku Kecil Besar Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha dan Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah Tuanku Jaafar serta Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin, Tunku Ampuan Negeri Sembilan.

Sarimah Ibrahim yang kini aktif sebagai pengacara adalah pengacara Bella stesen ntv7. Ini merupakan perkahwinan kali kedua bagi kedua pasangan.

arimah ibrahim dan tunku jamie
Sarimah ibrahim dan tunku jamie – Foto sumber BH Online

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *