Breaking News
Home » Berita » Sara 1Malaysia Cara Dan Syarat Permohonan

Sara 1Malaysia Cara Dan Syarat Permohonan

Cara Permohonan Sara 1Malaysia | Syarat Kelayakan Pemohon Sara 1 Malaysia | Borang Sara 1Malaysia | Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – Semua telah maklum tentang Skim Sara 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk rakyat yang berpendapatan dibawah RM3000.Skim ini merupakan skim pelaburan dimana pelabur akan mendapat pulangan tetap setiap bulan.Borang untuk menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) boleh didapati di bank tempatan yang terpilih seperti Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mulai 30 Januari 2012.
Cara memohon Skim Sara 1Malaysiaborang permohonan Sara 1Malaysia boleh didapati melalui bank yang telah disebutkan diatas.Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.

Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia
– Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
– Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000.
– Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
– Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
– Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
– Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
– Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk SINI.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

3 comments

  1. harap harap yang layak dapat bantuan.^_^

  2. layak kah kita ?

  3. sojak musim ujan yo ni..bemakno den layak lah..kih kih kih..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *