Breaking News
Home » Uncategorized » Santai Ramadan | Fuyoooo Banyaknya

Santai Ramadan | Fuyoooo Banyaknya

Assalammualaikum..salam penuh kasih sayang di bulan Ramadan buat semua pembaca.Bagaimana puasa sepanjang hari ini.Biar apa pun dugaan yang mendatang,kena hadapai dengan tabah.

Hari ni aku tak menjenguk ke bazar.Sebab hujan renyai-renyai je.Tapi nak gak sentuh sikit tentang orang balik dari bazar..janji ada perkataan bazar.Tak semua tapi ramai juga..ermm bila balik dari bazar tu..fuyoooo banyaknya bungkusan.Boleh di katakan macam nak buat kenduri.Tapi kita jangan cepat berburuk sangka.Manalah tahukan keluarga dia besar lepas tu tak sempat masak juadah.Tak pun saudara mara ada datang nak berbuka puasa kat rumah dia ke..kita mana tahukan.Tapi macam mana pula yang bujang tu? aiyok..aiyokk kalau bujang tu lak banyak2 beli nak buat apa..haha.Mungkin rumah bujang tu ramai kot..nak belanja member2..mana kita tahukan.Tapi akan jadi pelik juga memang ler rumah bujang tu ramai..tapi semua yang ada kat rumah tu beli dengan banyak juga..sendiri-sendiri..entahlah malas nak fikir..lu fikirlah sendiri.

Tapi apa-apa pun elakkan pembaziran dalam membeli juadah puasa.Beli apa yang perlu.Kalau ramai tu bolehlah beli banyak..kalau masak sendiri pun lagi bagus..kalau tak sempat nak buat macam mana.Kena beli jugakan.Tapi kalau beli banyak2 untuk menjamu orang berbuka..eh ok juga ..dapat pahala..oklah..selamat berbuka puasa semua.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

4 comments

  1. hehe, alhamdulillah =)

    selamat berbuka XD

  2. selamat bukak poso jugak bro..kih kih kih

  3. jgn kata membeli, memasak pun nak kena pandai budget gak agar tak berlebih sampai x termakan…huuuuu *kutuk diri sendiri*

  4. aku start puasa ni tak pi lagi bazar ramadhan..sdg menahan diri…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *