Home » Santai » Santai Hujung Minggu : Sesekali Aku Rindu

Santai Hujung Minggu : Sesekali Aku Rindu

Sesekali aku rindu pada waktu waktu itu.Waktu di mana aku mula mengenal kehidupan luar yang sebelumnya belum pernah aku lalui.Cepat betul waktu berlalu..Waktu yang cepatkah atau aku sebenarnya yang terlalai dalam menggunakan waktu..

Entahlah..bila aku lepak sorang2 ni lamunan aku memang mudah melayang ke waktu2 dulu dulu..haha..zaman2 muda belia..( dah tua ke sekarang..takder lah sangat .Aku teringat kembali kepada mereka2 yang pernah bersama aku diwaktu susah ..senang..tawa..menangis..!! Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.Tapi selagi nyawa di kandung badan..rasa rasanya boleh bertemu lagi kot..jika di izinkan Allah.Mereka2 itu telah lama aku tinggalkan.Bukan apa kerana tuntutan kehidupan terpaksa juga kita tinggalkan sesuatu yang sebenarnya telah banyak membantu kita dalam kehidupan.

Ingat lagi rakan2 seperjuangan waktu di Senai..Kulai..Pasir Gudang..!!Apa khabarnya sekarang? Sebenarnya memang terus terang aku katakan aku memang terputus hubungan dengan mereka2 ini.Ini gara2 kehilangan handphone..adeh..inilah kehidupan..ada sahaja dugaan.Cuma awal2 tahun ni aku cuba bertemu seorang dua di Fb..syukur dari tak ada..!!

Macam mana pula bekas cinta tak kesampaian aku..haha..!! Mana anda semua?? semoga bahagia dengan
kehidupan terkini..segalanya dalam ingatan..Johor Bahru (Jay Bee) yang banyak mengajar aku erti kehidupan..

Teringat juga kepada mereka2 yang sudi menganggap aku seperti anak sendiri..adik sendiri ketika mula2 aku menjejak kaki ke Johor Bahru..ketika aku terkapai kapai hendak memulakan hidup..maklumlah baru nak kerja..sehelai sepinggang..( tali pinggang pun tak der ..huhu).Rindu sesangat pada pakcik..makcik..abang…kakak semua..alahai..andai dapat di undurkan masa..insyaallah ada kelapangan nak sangat ke JB semula jumpa anda2 semua..

Al-fatihah kepada rakan2 seperjuangan yang telah pergi dahulu semasa di JB dan yang pergi setelah aku tinggalkan Jb..aku cuma dapat khabar berita sahaja..terkilan rasa tak dapat menatap wajah mereka2 ini buat kali terakhir..semoga roh mereka di cucuri rahmat dan tempatkan di kalangan orang yang beriman.

…Aku rindu korang wehh…insyallah nanti aku datang sana..
From n9 with love..!!

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

2 comments

  1. cinta yang tak kesampaian.? haha. jangan dicarik.! hak3.

  2. @.:padie_eyla:. dah ada yang sampai dah..hohoho

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *