Breaking News
Home » Info Sukan » Samuel Eto’o Digantung 15 Perlawanan

Samuel Eto’o Digantung 15 Perlawanan

Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika, Samuel Eto’o digantung 15 perlawanan oleh jawatankuasa disiplin Persekutuan Bola Sepak Cameroon Football (FECAFOOT).Samuel Eto’0 digantung kerana menyertai tindakan mogok pemain menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Algeria bulan lalu.

Dia dikatakan bertindak bersama pemain skuad kebangsaan memboikot perlawanan menentang Algeria sehingga perlawanan itu terpaksa dibatalkan.Eto’o dan rakannya dalam pasukan kebangsaan mendakwa mereka tidak menerima bayaran tertunggak daripada FECAFOOT dan pembatalan perlawanan dengan Algeria itu menyebabkan FECAFOOT terpaksa membayar ganti rugi AS$1 juta.

Samuel Eto’o merupakan kapten yang juga penyerang antarabangsa Cameroon itu dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika untuk empat kali.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *