Home » Teknologi » Samsung Galaxy Note 4 Sesuai Untuk Kaki Selfie

Samsung Galaxy Note 4 Sesuai Untuk Kaki Selfie

Samsung Galaxy Note 4 Sesuai Untuk Kaki Selfie , Ciri Terkini dan Spesifikasi – Jangan senyum senyum dulu kaki selfie, mari tengok dulu ciri Samsung Galaxy Note 4. Perbezaan ketara hanya pada reka bentuknya yang lebih anggun menerusi bingkai logam premium bergandingan skrin Quad HD Super AMOLED 5.7 inci (14.25 sentimeter) yang menonjolkan imej lebih jelas dan hidup menerusi jumlah kontras tinggi di samping sudut pandangan lebih jitu.

Mempunyai ciri tingkap berbilang yang mengizinkan pelbagai tugas dilakukan serentak, misalnya menulis nota sambil menonton video di Youtube selain pada masa sama boleh berkomunikasi dengan rakan melalui Facebook. Jadi macam-macam boleh buat dalam satu masa.

Samsung Galaxy Note 4

Galaxy Note 4 memang sesuai untuk kaki selfie menerusi sistem kamera melangkau masa yang menghasilan gambar lebih jelas dan terang. Telefon pintar itu menyelitkan kamera hadapan beresolusi 3.7 megapiksel dilengkapi mode bersepadu baharu untuk memenuhi keperluan selfie individu mahupun berkumpulan dalam 90 hingga 120 darjah sudut rakaman. 16 megapiksel belakang kamera mengutarakan Penstabilan Imej Optik Pintar (Smart Optical Image Stabiliser) berfungsi mengekang gegaran selain secara automatik memanjangkan masa pendedahan ketika merakam gambar dalam suasana gelap.

Samsung Galaxy Note 4 mempunyai empat warna pilihan eksklusif putih, hitam, perang keemasan dan merah jambu, Kemampuan kuasa bateri juga ditambah sehingga 3320mAh secara tidak langsung mampu bertahan lebih lama. Bateri itu yang memiliki fungsi caj 30 peratus lebih pantas berbanding bateri sebelum ini.

Check Also

Jupiter Smartphone vape

Jupiter Smartphone Vape

Jupiter Smartphone Vape. Dunia teknologi semakin kedepan dengan perbagai ciptaan. Smartphone atau telefon pintar antara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *