Breaking News
Home » Teknologi » Samsung Galaxy A8 Pasaran Malaysia

Samsung Galaxy A8 Pasaran Malaysia

Samsung Galaxy A8 Pasaran Malaysia. Peranti ternipis Samsung kini dipasaran Malaysia apabila smartphone Samsung Galaxy A8 diperkenalkan. Telefon pintar ini bolehlah dikelaskan sebagai peranti pertengahan atas dengan menyokong pengimbas cap jari bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan.

Galaxy A8 hadir dengan skrin sebesar 5.7 inci dengan resolusi HD penuh dan dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 615. Telefon ini menawarkan dua pilihan memori terbina 16 GB dan 32 GB. Kamera utama 16 Megapixel pasti menjanjikan gambar yang berkualiti serta kemera hadapan 5 megapixel untuk pengalaman selfie.

Samsung Galaxy A8
Samsung Galaxy A8

Spesifikasi Samsung Galaxy A8
– Paparan 5.7-inci Full HD dengan Corning Gorilla Glass 4
– Pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 8-Teras
– 2 GB RAM dengan pilihan memori 16GB, 32GB dan slot microSD sehingga 128 GB
– kapasiti bateri Li-Ion 3050 mAh
– kamera 16 Megapixel dengan rakaman video HD 1080P
– 5 Megapixel kamera hadapan
– WiFi, Bluetooth 4.1 LTE, GPS and NFC
– Android 5.1 Lollipop
– Pengimbas cap jari

Harga Samsung Galaxy A8 dijual sekitar RM1888 yang boleh dibeli melalui pengedar rasmi Samsung.

sumber

Check Also

sembangchat

Aplikasi SembangChat

Aplikasi SembangChat adalah aplikasi bual pertama yang dibangunkan di Malaysia hasil kerjasama Teknik Padu Sdn Bhd. SembangChat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *