Home » Teknologi » Samsung Galaxy A3 dan Galaxy A5

Samsung Galaxy A3 dan Galaxy A5

Samsung Galaxy A3 dan Galaxy A5. Bagi kaki selfie , ada berita baik buat anda apabila Samsung Malaysia Electronics (SME) melancarkan Samsung Galaxy A3 dan Galaxy A5 yang disasarkan untuk golongan muda yang minat selfie.

Ciri-ciri menarik Samsung Galaxy A3 dan Galaxy A5

Galaxy A5 memuatkan pemproses empat teras berkeupayaan 1.2GHz, sokongan rangkaian 4G dan 3G, kamera belakang 13 megapiksel serta kamera depan 5.0 megapiksel, platform sistem operasi android 4.4 KitKat, skrin sesentuh HD Super AMOLED 5.0 inci.

Galaxy A3 pula dijana prosesor empat teras berkeupayaan 1.2GHz, sokongan rangkaian 4G dan 3G, kamera belakang 8.0 megapiksel serta kamera depan 5.0 megapiksel, platform sistem operasi android 4.4 KitKat, skrin sesentuh HD Super AMOLED 4.5 inci.

samsung galaxy A3 dan galaxy a5
samsung galaxy A3 dan galaxy a5

HARGA GALAXY A5 dan A3 MAMPU MILIK

Galaxy A5 ditawarkan pada harga RM1,199 dan Galaxy A3 pada RM899.

Malaysia dilaporkan berada dalam kalangan 10 negara tertinggi di dunia dengan aktiviti selfie sekali gus menunjukkan corak penggunaan terkini bagi telefon pintar oleh golongan muda.

 

Check Also

Jupiter Smartphone vape

Jupiter Smartphone Vape

Jupiter Smartphone Vape. Dunia teknologi semakin kedepan dengan perbagai ciptaan. Smartphone atau telefon pintar antara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *