Home » Info Sukan » Sampel B Apa Nasib Lee Chong Wei

Sampel B Apa Nasib Lee Chong Wei

Ujian Doping Sampel B Lee Chong Wei. Pemain badminton Malaysia , Datuk Lee Chong Wei kini pasti ternanti-nanti keputusan ujian doping air kencing sampel B nya yang telah pun selesai. Saya menyatakan nama Lee Chong Wei kerana semua media arus perdana turut mengaitkan namanya walaupun tiada pengumuman rasmi dari BAM atau Kementerian Belia Dan Sukan. 
Ujian sampel B telah pun dibuat di makmal Hospital Universiti Olso pada 5 November 2014 dan perlu menanti keputusan dalam masa dua atau tiga hari. Keputusan ujian akan diserahan kepada BWF sebelum kepada BAM. 
Ujian doping pemain badminton Malaysia
Lee Chong Wei dipercayai terlibat dalam isu doping selepas penemuan deksametason dalam sampel air kencing semasa ujian rawak yang dijalankan ketika Kejuaraan Dunia di Copenhagen Ogos 2014.
Nasib Lee Chong Wei hanya akan terjawab selepas keputusan ujian sampel B dikeluarkan secara rasmi. Semoga kita akan mendapat keputusan yang baik kerana jika gagal, ianya satu tragedi buat dunia sukan badminton Malaysia dan juga dunia.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *