Breaking News
Home » Berita » Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 Dibatalkan

Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 Dibatalkan

Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di Putrajaya Dibatalkan. Perbadanan Putrajaya (PPj) akan berbincang dengan penganjur konsert Ambang 2015 yang dijadual diadakan bagi meraikan sambutan tahun baharu, untuk membatalkan acara itu bagi menghormati mangsa banjir.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 di Putrajaya 31 Disember ini dibatalkan.

“Program sambutan Ambang Tahun Baharu Putrajaya 2015 ini adalah program Kumpulan AmBank dan pihak kita sedang dalam usaha untuk berbincang dengan pihak penganjur mengenai perkara ini (batalkan acara) – Tengku Adnan Tengku Mansor

Pihak PPj hanya menunggu keputusan daripada Kumpulan Ambank sama ada untuk meneruskan atau membatalkan acara itu. Kebanyakan pengunjung Facebook PPj berharap sambutan ambang tahun baharu itu dibatalkan dan digantikan dengan program keagamaan atau ilmiah untuk mendoakan kesejahteraan mangsa banjir.

sumber Bernama

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *