Home » Info Sukan » Saingan EPL 2014-2015 Semakin Sengit

Saingan EPL 2014-2015 Semakin Sengit

Melihat kepada carta kedudukan Liga Perdana Inggeris EPL sehingga kepada perlawanan ke 23, jelas menunjukan saingan EPL 2014-2015 semakin sengit. Tidak kira perebutan juara liga mahu pun untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Menyebut kepada EPL atau Barclays Premier League BPL, pasti ramai peminat bolasepak di Malaysia dan seluruh dunia akan menyebut kelab-kelab handalan seperti Manchester United, Chelsea, Manchester City, Liverpool, Arsenal , Tottenham dan banyak lagi. Sememangnya liga inggeris yang penuh dengan pemain bertaraf bintang ini ramai pengikutnya.

Berbalik pada saingan liga paling popular ini, saingan Chelsea dan Man City dalam perebutan kejuaraan liga semakin sengit. The blues masih menguasai carta liga dengan diikuti rapat oleh Citizens. Keputusan perlawanan terkini antara Chelsea vs Man City pun telah menampakkan kemampuan kedua kelab ini sebagai calon juara. Dalam dua pertemuan EPL musim ini, kedua-dua perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Bekas pemain Chelsea , Frank Lampard yang kini bersama Man City menyatakan , saingan kedua kelab ini masih terbuka dan Man City mampu mengejar dalam saingan ini. Untuk rekod, Frank Lampard merupakan penjaring terbanyak Chelsea sepanjang bersama kelab itu dan telah berjaya memenangi kejuaraan EPL sebanyak tiga kali bersama kelab yang telah membina kerjayanya sebagai pemain bolasepak profesional.

Saingan musim ini masih terbuka buat kelab lain seperti Man Utd, Southampton, Liverpool, Arsenal dan Tottenham. Man Utd dibawah pengurus Louis Van Gaal semakin menemui rentak mereka sebagai pasukan digeruni selepas mengalami zaman kejatuhan ketika bersama David Moyes pada musim 2013/2014. Dengan barisan pemain bertaraf bintang yang dibawa masuk serta beberapa nama lagi disebut untuk dibeli, pasti kelab mewah inggeris ini akan bangkit semula untuk kembali menguasai liga yang sememangnya menjadi tumpuan dunia. Manchester Utd kini mengumpul 43 mata dan berada pada kedudukan ke 3 liga dan misi mereka adalah kembali semula ke UEFA Champions League setelah buat pertama kali tercicir dalam saingan utama kelab eropah itu musim ini.

Menyebut tentang Southampton, pasti ramai yang tidak menjangkakan kemampuan kelab ini berada dalam kedudukan keempat dan antara pencabar kejuaraan serta slot ke eropah. Kemampuan pengurus mereka , Ronald Koeman yang berjaya mencorak semula kelab ini nampaknya mula mendatangkan hasil. Tanpa barisan bintang yang ramai, mereka antara pencabar kepada kelab yang berbelanja mewah. Misi utama mereka pada musim ini adalah kekal dalam senarai empat pasukan terbaik epl untuk layak bermain dalam saingan Liga Juara Juara Eropah.

Permulaan yang agak lembab dan tidak konsisten menyebabkan Arsenal dan Liverpool seakan antara kelab elit inggeris yang akan gagal pada musim 2014/2015. Namun menjelang pertengahan liga , dua kelab ini kembali menemui rentak dan kini semakin mengejar empat pasukan teratas. Begitu juga dengan Tottenham, yang memberikan tekanan kepada pasukan lain dan menjanjikan saingan EPL akan semakin sengit dan mendebarkan sehingga ke penghujung musim.

Arsene Wenger telah pun melaungkan amaran awal bahawa Arsenal akan mencabar kedudukan semua pasukan dan kini mereka bersedia untuk kembali membuktikan mereka masih antara kelab elit epl yang mesti digeruni. Kemampuan menang besar keatas Aston Villa pada perlawanan ke 23 mereka minggu lalu, akan menjadi permulaan kepada kebangkitan the gunners.

Persaingan penjaring terbanyak EPL juga kini semakin sengit dengan dua nama besar bolasepak dunia sedang mendahului senarai iaitu Diego Costa dan Sergio Aguero dengan masing-masing telah menjaringkan 17 dan 14 gol.

Jadi teruskan mengikuti perkembangan menarik EPL sehingga penghujung musim. Mampukah Chelsea bertahan, atau mereka terpaksa mengalah kepada Man City dalam kejuaraan liga EPL. Bagaimana pula dengan barisan bintang Man Utd adakah pembelian mereka dengan nilai yang besar berbaloi. Arsenal, Liverpool, Southampton dan Tottenham turut mengidam kejuaraan dan slot ke eropah, konsistenkah kelab-kelab ini sehingga ke penghujung liga?

Barclays Premier League BPL EPL
Barclays Premier League BPL Atau English Premier League EPL

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *