Breaking News
Home » Info Hiburan » Saiful Apek Jaga Status Pelawak Senior

Saiful Apek Jaga Status Pelawak Senior

Saiful Apek Jaga Status Pelawak Senior. Siapa yang tidak kenal dengan pelawak popular Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff. Pada usia 46 tahun, pelawak ini masih lagi aktif dalam arena seni tahanair. Mungkin ramai peminat Saiful tertanya-tanya kenapa dia tidak menyertai Maharaja Lawak Mega. Adakah beliau tidak layak untuk berada di pentas MLM?

Saiful Apek ada jawapan sendiri untuk persoalan kenapa dia tidak pernah berada di pentas MLM. Dibawah adalah petikan jawapan beliau yang dipetik dari mStar Online.

“Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega, namun saya menolak kerana merasai ia sudah tidak penting buat saya. Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak dan kenapa pula saya mahu jadi peserta? Lagi pula tiada apa lagi hendak di buktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memeggang gelaran Artis Komedi Popular selama enam tahun berturut-turut… cukuplah tu,” – Saiful Apek

saiful apek
saiful apek tolak tawaran sertai MLM

Saiful Apek memang kurang muncul di kaca televisyen atas faktor ingin meluangkan lebih masa bersama keluarga dan masyarakat dengan membuat kerja-kerja amal. Saiful juga sibuk dengan program ceramah motivasi di sekolah-sekolah yang menekankan aspek keluarga dan pendidikan.

Check Also

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah 8 Februari 2016

Majlis pernikahan yang akan menjadi tumpuan dengan tajaan jutaan ringgit.¬†Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin Nikah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *