Breaking News
Home » Uncategorized » Saga FLX SE Model Kereta Terbaru Proton

Saga FLX SE Model Kereta Terbaru Proton

PROTON BARU | Model Kereta Proton Terbaru | Harga proton baru | Kereta Proton Terbaru – Proton Holdings Berhad (Proton) mengeluarkan kereta terbaru dengan menampilkan model Saga FLX SE yang dipertingkatkan dengan enjin berkuasa 1.6 liter Campro IAFM dilengkapi teknologi transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT).Model transmisi automatik itu didatangkan dengan warna asas putih serta merah pada harga atas jalan RM49,449 (Semenanjung Malaysia) bagi model warna asas manakala RM49,899 bagi model warna metalik.

Model Saga FLX SE berkenaan direka khusus untuk generasi muda yang kini mempunyai pilihan membeli kereta pertama yang bukan saja menawarkan pemilikan berpatutan,tetapi memberikan prestasi selari jaminan jenama Proton iaitu ‘Komited Untuk Lebih Baik’.

Antara ciri-ciri proton saga FLX SE adalah rim aloi 15 inci, kemasan kit badan, lampu kabus serta lampu belakang serba baru, manakala ruang dalamannya turut dilengkapi kerusi saduran kulit.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *