Home » Info Sukan » Safee Sali Kekal Di Pelita Jaya Dua Tahun Lagi

Safee Sali Kekal Di Pelita Jaya Dua Tahun Lagi

Safee Sali Sambung Kontrak Dengan Pelita Jaya – Safee Sali hari ini secara rasmi menyambung kontraknya selama dua tahun lagi dengan kelab bola sepak Pelita Jaya FC.Walaupun sekarang hangat dengan isu kemungkinan Liga Super Indonesia (ISL) berkemungkinan dikenakan tindakan oleh FIFA kerana tidak diiktiraf.Jika ini berlaku akan menjejaskan kedudukan Safee Sali dalam skuad kebangsaan Malaysia.Namun inilah asam garam pemain profesional.
Kontrak dua tahun ini menawarkan pakej bernilai lebih RM2 juta termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.Difahamkan kontrak baru ini sekali ganda dari kontrak asal 1 tahun yang berakhir 31 januari lalu.
Semoga Safee Sali terus berjaya dalam misi dan cita-citanya.Harap-harap pemain muda jadikan Safee Sali sebagai inspirasi untuk berjaya dalam bolasepak.Kalau kena caranya memang berbaloi..

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *