Breaking News
Home » Berita » Safee Sali Bercerai

Safee Sali Bercerai

Safee Sali Bercerai – Safee Sali sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabarina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.Safee Sali melafazkan talak cerai di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup dengan kehadiran peguam kedua-dua pihak.
Menurut peguam isteri Safee , Ezura Nashuha berkata kedua-dua anak pasangan berkenaan Nur Syaza Syaqina, 4 dan Nur Syasya Sofirna, 2, diserahkan dalam jagaan Sabarina, manakala Safee memperoleh hak lawatan mengikut masa yang dipersetujui kedua-dua pihak.Untuk rekod,pada November tahun lalu Safee memfailkan perintah supaya Sabarina kembali taat kepadanya, bagaimanapun menarik semula perintah itu minggu lalu.
Safee Sali dan Sabarina mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika pemain kelahiran Kajang, Selangor itu beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana.
Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

sumber

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

2 comments

  1. Best Business Brands

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

  2. pe lah diorang ni masaalah yg boleh dibawa bincangpun nak bercerai…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *