Breaking News
Home » Berita » Rumah Kerabat Sultan Selangor Dipecah Masuk

Rumah Kerabat Sultan Selangor Dipecah Masuk

Rumah Kerabat Selangor Dirompak – Dalam kejadian 5.30 pagi itu, dua lelaki dipercayai warga Indonesia yang bersenjatakan pisau telah memecah masuk rumah kerabat Sultan Selangor di Bukti Tunku di sini, hari ini dan melarikan sebuah kereta Mercedes Benz dan barangan berharga.Semasa kejadian, kesemua ahli keluarga kerabat Diraja Selangor itu tiada di rumah kerana mereka berada di luar negara. Hanya pembantu-pembantu rumah sahaja yang menjaga rumah itu. Mereka tidak dicederakan.
Sumber polis yang ditemui di rumah itu memberitahu siasatan awal polis mendapati tingkat dua dan tiga rumah itu telah digeledah dua lelaki itu berdasarkan banyak kesan cap jari ditemui.Seorang lelaki ditahan beberapa jam sejurus kejadian itu untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

sumber dari BERNAMA

Check Also

carta keputusan Liga Super 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018. Empat perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2018 berlangsung. Keputusan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *