Breaking News
Home » Berita » Rumah Kapten Bolasepak Pahang Ditembak

Rumah Kapten Bolasepak Pahang Ditembak

Rumah Kapten Bolasepak Pahang Ditembak. Rumah pemain liga super dan kapten Pahang, Mohd Razman Roslan, ditembak menyebabkan cermin belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya pecah dalam kejadian di Lorong Kubang Buaya 35, Kuantan.

Kejadian tembakan itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika seluruh ahli keluarga pemain itu sedang tidur. Menurut laporan Polis , tiada kecederaan dilaporkan namun hanya cermin belakang MPV Toyota Vellfire milik pemain berkenaan pecah.

Setakat ini menurut saksi kemungkinan suspek melepas tembakan lebih daripada satu kali dan polis masih menyiasat motif kejadian itu. Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dibimbangi akan mengganggu siasatan polis.

Sementara itu Kapten Pahang, Razman Roslan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terhadap kes rumahnya di Lorong Kubang Buaya 35, Kuantan yang ditembak suspek tidak dikenali.

Skuad Pahang akan bertemu kelab Filipina, Global FC pada perlawanan kedua Piala AFC 2015 di Stadium Darul Makmur, malam ini. Razman tidak dapat beraksi kerana digantung perlawanan selepas menerima kad merah ketika mereka menewaskan kelab Myanmar, Yadanarbon FC 3-2 di Mandalay, 25 Februari lalu.

Razman Roslan
Razman Roslan

sumber BH Online

Check Also

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017

Keputusan Liga Super 15 Julai 2017. Hari ini 15.7.2017 merupakan perlawanan ke 16 buat semua …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *