Breaking News
Home » Info Hiburan » RTM Hentikan Siaran Lagu Despacito

RTM Hentikan Siaran Lagu Despacito

RTM Hentikan Siaran Lagu Despacito. Kalau ditanya lagu apa yang paling hits dan viral masa kini sudah pasti akan ramai yang akan menyebut lagu Despacito. Begitu banyak versi dan video parody atau nyanyian cover yang dibuat diserata dunia dan juga Malaysia.

RTM Hentikan siaran lagu Despacito
RTM Hentikan siaran lagu Despacito

Namun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberhentikan serta-merta siaran lagu hit antarabangsa, Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya. Ini berikutan ada aduan awam berkaitan lirik lagu itu ada unsur lucah.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan. Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta .

Lagu Despacito adalah nyanyian asal  Luis Fonsi dan Daddy Yankee dengan jemputan khas Justin Bieber. Lagu itu dikeluarkan pada tahun 2017 dengan genre Reggaeton, Latin pop dan Pop. Turut telah memenangi berbagai anugerah di peringkat antarabangsa walaupun masih baru.

sumber Bernama

Check Also

Lagu Cinta OST Drama Cinta Teruna Kimchi

Lirik Lagu Cinta OST Cinta Teruna Kimchi

Lirik Lagu Cinta OST Cinta Teruna Kimchi. Pasti ramai yang tertarik dengan melodi lagu dendangan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *