Breaking News
Home » Info Sukan » Rozaimi Abd Rahman Parah Kemalangan

Rozaimi Abd Rahman Parah Kemalangan

Rozaimi Abd Rahman Parah Kemalangan. Pemain pasukan Sabah dalam Liga Perdana dan juga bekas pemain Harimau Muda dan Kebangsaan Rozaimi Abd Rahman dikhabarkan cedera parah dalam kemalangan jalanraya di Km3.5 Jalan Tuaran. Menurut laporan itu, kereta yang dinaiki Rozaimi terbabas.

Dalam kejadian kemalangan kira-kira pukul 1 tengah hari itu, Md Rozaimi 23 tahun cedera parah di bahagian kepala dan kaki dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth 2. Manakala pemandu kereta jenis Honda Civic berkenaan, AK Mohd Farris Mahamud, 21 tahun turut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki dan turut dirawat di ICU di hospital yang sama.

rozaimi abd rahman
rozaimi abd rahman

Siasatan awal mendapati kereta itu hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok dan tiang telefon serta merempuh tembok sebuah rumah.

MySensasi mendoakan semoga Rozaimi segera sedar dan semua urusan dipermudahkan.

[ UPDATE ] Awangku Mohd. Farris Mahmud, yang terlibat dalam kemalangan bersama penyerang pasukan bola sepak negara, Md. Rozaimi Abd. Rahman, 23, di Kilometer 3.5, Jalan Tuaran petang tadi, disahkan meninggal dunia malam ini. Perkara ini disahkan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, mangsa disahkan meninggal dunia 8.37 malam tadi selepas menerima rawatan.

Sementara itu, Md. Rozaimi dikatakan sudah sedarkan diri dan boleh bercakap serta dilaporkan stabil.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *