Breaking News
Home » Info Sukan » Ronaldo Catat Rekod Baru Champions League

Ronaldo Catat Rekod Baru Champions League

Ronaldo Catat Rekod Baru Champions League – Disebalik kejayaan Real Madrid menumpaskan Bayern Munich 4-0 di gelanggang lawan dan seterusnya menang dengan aggregate 5-0, pemain terbaik mereka Cristiano Ronaldo turut mencipta sejarah tersendiri dalam kejohanan Champions League Liga Juara Juara ini. 
Ronaldo meledak dua gol dalam perlawanan di Allianz Arena dan mengumpul sebanyak 16 gol sepanjang kempen Champions League musim ini. Dengan 16 gol , Ronaldo mengatasi rekod 14 gol yang dipegang oleh Lionel Messi dalam Champions League. Dengan Real Madrid telah pun menempah tempat dalam perlawanan akhir , Cristiano Ronaldo berpeluang untuk menambah lagi jaringan itu. 

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *