Breaking News
Home » Info Hiburan » Romancinta Mojo Dan Caliph Busker AJL 29

Romancinta Mojo Dan Caliph Busker AJL 29

Romancinta Mojo Dan Caliph Busker AJL 29. Sebelum malam kemuncak AJL 29 bermula, berlaku beberapa kontroversi yang membabitkan bekas penyanyi Mojo , Aweera dengan kumpulan itu terutama dengan Edry Kru. Ramai yang ternanti-nanti siapakah yang akan menyanyikan lagu Romancinta pada malam Anugerah Juara Lagu 29 pada 18 JanuariĀ  2015.

Namun semuanya terjawab apabila kumpulan Mojo muncul dipentas bersama kumpulan busker yang mengelar diri mereka Caliph Busker. Kumpulan ini dianggotai oleh individu OKU ( Orang Kelainan Upaya ). Menurut Edry sebelum persembahan, dia menemui kumpulan ini ketika mereka membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Romancinta.

Dibawah adalah satu rakaman dari Youtube yang menunjukan kumpulan Caliph Busker membuat persembahan dijalanan dengan cover lagu Romancinta.

Kumpulan Caliph Busker dianggotai oleh 5 orang iaitu
Nirwan =Guitaris
Zaki =Guitaris/Vocalis,
Azmi =Bassis/Vocalis,
Fendy =Cajon/Vocalis,
Rubiana =Shaker/Vocalis

Ketika persembahan di malam AJL 29 , penyanyi yang menyanyikan lagu romancinta adalah Azmi. Persembahan mereka bersama Mojo memang daboom dan hebat sehingga mampu dinobatkan sebagai persembahan terbaik AJL 29 dan mengondol hadiah RM12,000. Tahniah Mojo dan Caliph Busker.

caliph busker
caliph busker

Tonton video Romancinta AJL 29 Mojo Feat Caliph Busker Disini

Lirik Lagu Romancinta – Mojo

Lirik Lagu Romancinta – Mojo

Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta

Check Also

Separuh Akhir Muzik-Muzik 32

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 32

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 32. 30 buah lagu telah pun terpilih untuk bersaing dalam …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *