Breaking News
Home » Uncategorized » Robin Van Persie Jadi Rebutan 3 Kelab

Robin Van Persie Jadi Rebutan 3 Kelab

Robin Van Persie Jadi Rebutan 3 Kelab Utama – Nampaknya nama Robin Van Persie menjadi antara bintang bolasepak dunia yang menjadi rebutan dalam musim perpindahan ini. Penyerang dan juga kapten pasukan Arsenal itu menjadi rebutan tiga kelab utama iaitu Juventus , Manchester City dan Manchester United. Semua kelab itu telah pun membuat bidaan dengan harga yang tinggi bagi mendapatkan pemain itu dari Arsenal.
Sebelum ini Robin Van Persie enggan memperbaharui kontrak bersama Arsenal yang masih berbaki 1 tahun dan ini telah menimbulkan minat banyak kelab untuk melamarnya. Musim lalu Arsenal turut kehilangan Cesc Fabregas dan Samir Nasri  yang memilih untuk berhijrah. 

Arsenal yang bakal ke Malaysia dalam lawatan pra musim mereka pada 24 Julai 2012  di khabarkan akan tiba tanpa beberapa pemain utama dan antara yang tidak akan hadir pastinya Robin Van Persie.


ROBIN VAN PERSIE JADI REBUTAN MANCHESTER CITY , JUVENTUS , MANCHESTER UNITED . PENGURUS ARSENAL ARSENE WENGER TETAP INGIN MENGEKALKAN PEMAIN ITU DI ARSENAL.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *